BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 8, 2012

Disini aku terus berdiri

Tuhan, 
Terasa lembutnya belai sayangmu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi, ada kalanya terasa membahang kemurkaanmu
Seiring patahnya sayap Mujahadahku

Tuhan,
Langkahku bagaikan mati 
mendaki kasihmu nan sayup tinggi
Namun cintaku bukan palsu 
Biar langkahku ke sana sering terganggu

Tuhan,
terlerai sudah ribuan taubatku
terungkai bersama semua janjiku yang dulu
kataku sering mungkiri walaupun ku tahu
cintamu tak pernah meminggir

Tuhan, 
walau apa pun aku masih terus disini
mengemis di nirmaga janjimu yang pasti
disini aku masih mendamba kasihmu
kerna ku yakin kasihmu tak pernah sirna
selama-lamanya..



Saturday, November 26, 2011

Hijratur Rasul bukan perayaan suka-suka

“Sesungguhnya menyambut ulang tahun Hijratur Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, sambutan Hijratur Rasul sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.

Menurutnya, sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

“Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’?” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Jawabnya, jelas beliau ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w.

Menurutnya lagi, momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Jelas beliau, pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Beliau menambah, jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w.
Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara,” ujarnya dalam perutusan sempena sambutan Hijratur Rasul 1433 Hijrah, hari ini.

Monday, November 14, 2011

sikap segelintir manusia melaga-lagakan dan mengadu domba


Pedoman: Mengadu domba antara dosa besar

Mengadukan ucapan seseorang kepada orang lain dengan tujuan melaga-lagakan adalah salah satu faktor yang menyebabkan terputusnya ikatan, serta menyalai api kebencian dan permusuhan antara sesama manusia. 


Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW menyaksikan segolongan lelaki dan wanita memotong potongan daging seorang daripada mereka. Kemudian, mereka meletakkan potongan daging itu pada mulut seorang di kalangan mereka dan berkata: “Makanlah seperti mana yang aku makan.” Hairan dengan kejadian itu, Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu? Lantas Jibril menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba.” Menyentuh mengenai hal ini, Imam al-Ghazali serta kebanyakan ulama Islam bersepakat ia termasuk antara dosa besar yang mendedahkan sesuatu perihal atau percakapan orang lain kepada diri yang diumpat.
Sikap suka mengadu ini pasti mendatangkan persengketaan dan perbalahan antara dua pihak dan sesiapa yang melakukannya tergolong dalam kalangan orang yang menabur fitnah sebagaimana kumpulan manusia yang dilihat oleh Rasulullah SAW.

Ini jelas dalam firman Allah SWT dalam surah Humazah, ayat satu yang bermaksud: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji,” dan surah al-Qalam, ayat 11 hingga 13 yang bermaksud: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).” Dalam ayat ini, golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain tergolong di dalam perbuatan mengadu domba.
Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan kepada kita untuk tidak melakukan fitnah dan mengadu-domba serta menolak jika didatangi orang yang suka berbuat demikian.

Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat, 6) Allah SWT juga berfirman bahawa kita tidak boleh mencampuri urusan dan perbalahan orang lain serta memperbesar-besarkan sesuatu perkara sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Hujarat, ayat 12, bahawasanya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” Huzaifah RA menyatakan, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana sabda baginda iaitu: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” (Riwayat Muslim.

Justeru, peliharalah lidah daripada melakukan perkara yang ditegah oleh syariat seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan hubungan sesama insan, selain akan diazab oleh Allah SWT sebagaimana diperlihatkan kepada Rasulullah SAW pada malam Israk dan Mikraj.

Tuesday, October 4, 2011

padamu ku bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Saturday, September 17, 2011

Jangan menyerah!!....kamu akan menang!!!..

 Bangkitlah..jangan rebah!!!

2 penyebab kegagalan
1- beriman tanpa beramal (meyakini tanpa diiringi tindakan)
2- beramal tanpa beriman (bertindak tanpa diiringi keyakinan)

lebih baik mencuba lalu gagal 
daripada anda gagal mencuba

seorang pemenang tidak pernah menyerah 
kerana yang menyerah tidak pernah menang

jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa

awali dengan niat yang kuat dan benar

tiada masalah berapa kali anda jatuh, 
yang penting berapa kali anda bangkit setelah anda terjatuh

not trial and error but trial and learn

sukses itu penting tapi bersyukur jauh lebih penting

pelaut ulung tidak lahir dari laut yang tenang

maafkan masa lalumu, 
tawakkalkan masa depanmu
nikmati saat sedang kamu lalui

memaafkan memang tak ubah apapun dimasa lalumu,
tapi ia memperindahkan hari esok dan menceriakan hari ini

Jangan katakan: Wahai Allah, masalahku sangat besar tapi 
katakanlah:, wahai masalah, Allah itu Maha Besar.

Berbagai masalah itulah yang membuatkan anda tetap bertahan dan berTuhan

Kalau engkau lari dari masalah 
beerti engkau lari dari kasih sayang Allah s.w.t


Seberat apapun masalah anda, 
kalau anda yakin sukses, 
Insyallah anda pasti sukses

rendah hati dan terus berbagi
itulah yang membuat orang lain ikhlas dipimpin oleh anda

kesombongan adalah awal dari kehancuran

betapa banyak kaum yang sedikit 
bisa mengalahkan kaum yang banyak

betapa banyak kaum yang kecil bisa mengalahkan kaum yang besar



video











Thursday, September 1, 2011

Tuhanku...

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan



Tuhan lihatlah aku
Ku berserah kepadaMu
Ku letakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku



Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
Tuk nanti tiba akhiratku



Berapa nikmat yang telah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….




Wednesday, August 3, 2011

Tahukah anda?>>>kurma banyak khasiatnya...:)

Khasiat Kurma



Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.


Diserap Serta-merta


Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.



Tenaga Serta-merta


Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.






Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium


Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.


Menguatkan Ingatan


Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.



Penawar Racun


Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."


Meredakan Tekanan Darah


Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.



Menambah Tenaga Seksual


Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.



Kandungan Kurma


Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.


Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.


Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.



Jus Kurma


Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.


Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.



Kurma Dalam al-Qur'an


Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.


Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.